28 Ogos 2012. Hari kedua pengembaraan aku. Semalam AKA dan AE bagitau akan join kembara ni dan kita orang dah setuju untuk rv di RnR Gurun Arah Utara jam 1200 hrs…
0700 hrs: Cuaca elok je pagi ni walaupun semalam hujan agak lebat. Since hotel yg aku dan IM dok ni ada free breakfast, kita orang turun breakfast dulu. Lagi pun masa masih awal. Nak rv dengan team 2 pun lambat lagi. So, makan dulu. Lepas makan balik bilik dan relax-relax sambil packing.
IM tengah ajar pelancong Jepun bakar roti... |
Breakfast yang simple je....makan banyak takut sakit perut atas bike....susah 00... |
1130 hrs: Kita orang check-out dari hotel dan terus menghala ke RnR Gurun. Kali ni perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang sebab nak rv dengan team 2 kat sana. Trafik pun agak banyak atas jambatan and lebuhraya. Maybe sebab hari kerja kut.
1300 hrs: Sampai RnR Gurun Arah Utara tengok AKA dan AE dah sampai. So, rest jap minum-minum.
minum dulu......semua busy dok update dalam hp.....hahaha... |
Lepas minum, kita orang move ke Alor Setar. Destinasi seterusnya ialah Balai Besar dan kemudiannya ke Istana Anak Bukit dan Istana Arau. Sebelum gerak isi minyak dulu. Perjalanan kali ni diiringi dengan hujan lebat sampai lah ke exit Alor Setar. Basah kuyup. Tapi kena hujan ni perkara biasa.
flag-off sendiri sendiri je ...huhuhu.... |
1430 hrs: Sampai di depan Balai Besar atau Balai Rong Seri atau dikenali jugak sebagai Balai Kuning sebab warnanya yg kekuningan. Masa kita orang sampai sini, keadaan masih lagi hujan. Tapi gambar mesti ambik jugak. Hehe.. Plan asal nak singgah Masjid Zahir, salah sebuah masjid yg tertua di Kedah dan juga merupakan masjid resmi Negeri Kedah tetapi memandangkan kita orang dah basah kuyup, so tak jadi nak singgah masjid. Lepas bergambar di sini, kita orang move ke Anak Bukit untuk lunch. Member dah tunggu.
Balai Besar atau Balai Kuning...... |
Masjid Zahir....salah satu masjid yang tercantik di Malaysia |
Yang kubah kuning tu Balai Nobat.....disinilah alat muzik diraja iaitu nobat disimpan.. |
walaupun hujan, semangat bergambar mesti ada ....hehehe.. |
1530 hrs: Singgah lunch kat gerai Nasi Lemak Royal sebelum sampai Istana Anak Bukit. Sedap jugak makanan kat sini. Sekejap je semua dah clear. Tak tau ler sebab makanan sedap atau sebab semua dah kelaparan. Apa pun terima kasih pada Tuan Othman belanja kita orang lunch. Huhu..
sedap ni.......jemput makan... |
Alhamdulillah......kenyang.... |
1600 hrs: Sampai di depan Istana Anak Bukit yg terletak berdekatan dengan gerai makan yg kita orang singgah lunch tadi. Hujan pun dah stop. So, apa lagi, masa untuk sesi bergambar la pulak.. Istana Anak Bukit ni pun dah banyak berubah. Mungkin sebab aku pun dah lama tak lalu sini kut sebab tu rasa banyak perubahan kat istana ni. Pintu gerbang pun dah besar dan cantik. Dulu dalam istana ni ada mini zoo. Orang ramai boleh masuk. Aku pun penah masuk masa kecik-kecik dulu. Tapi sekarang dah tak boleh masuk. Dah jadi kawasan larangan. Tak tau ler samada mini zoo masih ada atau dah tiada. Selesai bergambar, kita orang move ke destinasi seterusnya iaitu Istana Arau di Arau, Perlis. Perjalanan adalah melalui Kepala Batas – Jitra – Kodiang – Arau.
Istana Anak Bukit |
boleh baca ke tu AE??? |
AKA pun bersemangat patriotik jugak..... |
1650 hrs: Singgah sebentar di depan sekolah lama aku iaitu Sek. Men Sultan Abd Halim, Jitra, Kedah, juga dikenali sebagai Jenan. 5 tahun di sekolah berasrama penuh ini banyak mendewasakan aku dan mengajar aku erti berdikari. Mulanya rasa macam nak masuk ke sekolah dan tengok-tengok keadaan sekeliling tetapi memandangkan perjalanan masih jauh, aku terpaksa membatalkan niat tu. Maybe di waktu yg lain kut. So, bergambar je di depan sekolah dan teruskan perjalanan ke Istana Arau.
Depan sekolah lama aku.....huhu.. |
Pintu gerbang SMSAH.. |
1730 hrs: Kita orang sampai di pekan Arau. Singgah sebentar kat stesen minyak untuk refresh sekejap.
1740 hrs: Kita orang sampai di depan Istana Arau, Perlis. Istana ini terletak betul-betul di depan Balai Polis Arau. Since istana ini terletak depan jalan utama, dan ruang jalannya pun tak besar, agak susah jugak untuk bergambar. Tapi kita orang tetap cari ruang. Hehe..
Istana Arau |
Moto terpaksa parking tepi jalan sebab ruang yang sempit depan istana.. |
Makam Diraja.. |
Dari Istana Arau, kita orang move balik ke Alor Setar sebab plan malamnya kita orang akan tido di sana. Lagi pun kawan aku En Shuib dah ajak dinner seafood kat Kuala Kedah. So, bertolak balik ke A/Setar via Arau – Chuping – Changloon dan A/Setar.
1855 hrs: Singgah sebentar di depan Balai Besar sekali lagi untuk bergambar sebab cuaca dah cantik. Ramai orang kat sini petang-petang. Semua bersantai dan ada yg berdating. Menarik jugak tu, dating depan masjid zahir. Hehe..
Dari sini, kita orang balik ke tempat penginapan untuk rehat, mandi etc sebelum ke Kuala Kedah untuk makan seafood.
1855 hrs: Singgah sebentar di depan Balai Besar sekali lagi untuk bergambar sebab cuaca dah cantik. Ramai orang kat sini petang-petang. Semua bersantai dan ada yg berdating. Menarik jugak tu, dating depan masjid zahir. Hehe..
2100 hrs: Sampai di restoren Jetty One Kuala Kedah untuk dinner. Tengok En Shuib dah pun ada and dah pun order makanan. Sementara menunggu makanan sampai, kita orang borak dulu. Bila makanan sampai, wah… banyaknya.. ada ikan tenggiri masak black pepper, udang masak lemon, sayur manis goreng, ketam goreng cili, tomyam seafood, sotong goreng tepung, ikan stim dan favorite aku, kerabu mangga+telur belangkas. Tersandar semua kekenyangan selepas makan. Terima kasih En Shuib belanja kita orang makan makan.
kerabu belangkas.......sedap ni..... |
No comments:
Post a Comment