29 oGOS 2012: Hari ketiga pengembaraan kami. Kembara yg bermula dengan 2 orang pada hari pertama (27 Ogos 2012) iaitu aku dan IM, kini telah menjadi pengembaraan 4 orang bila AKA dan AE join kita orang pada hari kedua (28 Ogos 2012). Baru meriah sikit. Kalau tak asyik aku dok bergaduh dengan IM je. Hehehe.. Perjalanan hari ni adalah dari Alor Setar – Istana Negeri, Kubang Kerian,Kota Bharu, Kelantan. Ini catatan perjalanan aku..
0800 hrs: Kita orang dah siap dan check-out dari tempat penginapan. Janji nak breakfast dengan Billie dan Falcon di Stadium Darulaman. So, shoot ke sana dulu.
TQ Tn Billie & Falcon datang breakfast dengan kita orang.. |
Masa breakfast ni perbincangan hangat jugak. Sebab ada yg cadang kita orang ke Utara, iaitu ke Dannok atau Songkhla atau Hatyai. Sbb AE tak pernah sampai lagi. Tapi IM pulak tak nak pegi. Aku tak kisah. Mana-mana pun okay je. Last-last, selepas sejam lebih berbincang, kita orang decided untuk kekal dengan route asal iaitu ke Kota Bharu. Sorry ye AE. Trip lain kali kita proceed sampai atas.
1130 hrs: Kita orang move dari stadium. Tapi sebelum tu isi minyak dulu. Kejadian yg menarik semasa isi minyak, ada apek tua sudah sailang IM masa nak isi minyak. Selamba je dia pegi bayar dan isi minyak kat pam tu sedangkan IM dah sampai dulu kat pam tu dan nak isi minyak. Yg menariknya tiada tanda rasa bersalah kat apek tua tu. Siap berborak lagi dengan IM. Hahaha… nasib hang la IM.
1400 hrs: Sampai Gerik. Isi minyak dan refresh sekejap. Cuaca pun agak panas. Laluan dari Baling ke Gerik pun banyak korner. Best jugak sekali sekala layan korner ni, tapi entahlah, tetiba aku dah jadi malas nak layan korner. Aku lebih suka menikmati pemandangan sekeliling sambil bawak moto. Selepas semua siap, kita orang sambung perjalanan.
Isi minyak & getting ready... |
rantai wajib kena spray... banyak berjasa tongkat kayu ni hehe... |
tayar dah botak ni....balik nanti kena tukar motolah jawabnya... |
1505 hrs: Singgah sebentar di Royal Belum Tasik Banding. Plan asal tak nak singgah tapi since dah sampai sini, aku fikir elok ler singgah. Tak tau bila lagi nak lalu sini. Dah 3 kali aku lalu jalan ni sebelum ni tak singgah jugak pun. So, stop sekejap untuk ambik gambar dan tengok pemandangan kat sini..
1530 hrs: Sampai di puncak Titiwangsa. Ingat nak makan yg lite je kat sini untuk lapik perut sementara nak lunch kat Bukit Bunga tapi restoren kat sini tutup pulak. So, ambik gambar je lah..
1630 hrs: Singgah di Bukit Bunga untuk lunch. Ni kali kedua aku dan IM singgah makan kat sini. Tu pun hampir setahun yg lalu semasa Kembara 1Malaya bersama Md Faz dan Otomen. Kali ni singgah lagi. Sanggup lak tu kita orang menahan lapar dari Gerik sampai sini. Tak tau kenapa. Mungkin sebab masakan kat sini sedap kut, masakan ala-kampung or mungkin sebab tuan yg empunya kedai ni come lote.. hehe.. hanya aku, IM, Md Faz,Otomen dan kini AKA dan AE je yg tahu..
lunch time... |
Perut dah kenyang, kita orang gerak ke destinasi seterusnya iaitu Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Since AKA ada gps Zumo, kita orang minta dia lead. Perjalanan so far lancar sehinggalah tetiba AKA masuk jalan ke simpang lain sedangkan signboard ke Kota Bharu tunjuk straight. Tapi memandangkan zumo yg tunjuk laluan, kita orang ikut je lah. Takkan zumo nak bagi kita sesat kut. Perjalanan ikut petunjuk gps ni membawa kita ke jalan yg semakin kecik. Dari jalan yg besar kita orang ikut jalan kampung, lalu dalam kampung orang hingga masuk ke jalan mini tar yg semakin kecil. Pada masa tu aku dah tak baper nak konfiden dah. Takkan ler jalan nak ke istana ni lalu jalan mini tar. Tapi terdetik pulak kat fikiran aku, maybe zumo ni bawak kita orang ke istana lama kut. Istana dulu-dulu. Tapi bila laluan semakin kecik, kita orang terpaksa tanya orang kampung. Rupanya zumo ni bawak jalan potong yg entah potong ke mana. Kalau ikut betol-betol memang boleh sampai tetapi tak tau ler jalan apa yg dibawaknya. Last-last kita orang ambik keputusan untuk ikut je panduan orang kampung sampai ler jumpa jalan besar. Lega.
Dari situ kita orang meneruskan perjalanan ke Kubang Kerian. Samapi di Kampong alor Pasir, ada roadblock. Aku lak kat depan sekali. Yg tahan aku pulak kopral wanita. Menariknya aku tak baper nak faham apa dia cakap. Last-last dia minta nak check lesen aku. Aduh! Sejak aku pakai Versys ni, ni ler kali pertama polis nak check lesen aku. Kat roadblock di sebuah kampung yg kecil lak tu. Terharu aku…..hahaha…
1845 hrs: Akhirnya kita orang sampai jugak di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Terima kasih kepada zumo AKA. Apalagi, it’s posing time. Istana ni memang nampak agak menarik. Pintu gerbangnya nampak macam mesjid atau surau. Siap ada kubah lagi. Bentuknya pun cantik.
Dari istana, kita orang move ke Pantai Cahaya Bulan. Sebab plan nak tido kat situ.
2030 hrs: Sampai PCB tengok tak banyak pilihan hotel. Akhirnya kita orang check-in kat PCB Resort. Ok lah. Bilik pun kecik je tapi since nak tido pun semalam je, and kita orang pun dah penat, so ambik jugak lah. Selepas mandi and refresh kita orang pegi makan kat kafe resort. Rupanya kafe ni jugak ada karaoke. RM2.50 1 lagu kot. Ramai jugak yg datang nyanyi tapi semua kilauan emas je. Lagu yg dia orang nyanyi pun lagu-lagu yg sentimental je. Oklah tu. Lepas dengar 3-4 lagu, kita orang pun balik rest. Perjalanan hari ni adalah sejauh 393 km iaitu dari Alor Setar – Gurun – Gerik – Jeli – Bukit Bunga – Kg Gebeng – Kg Alor Pasir – Kubang Kerian – PCB.
No comments:
Post a Comment