Wednesday, September 12, 2012

KEMBARA ISTANA DIRAJA 2012, DAY 1 (27 OGOS 2012)


Sudah hampir setahun berlalu selepas aku, Md Faz, Izzar dan Otomen jelajah 1 Malaysia tahun lalu (check it out here .. http://atasmoto.blogspot.com/2011/10/kembara-1malaya-1st-day-kl-kukup-07-0kt.html) . Tahun ni asalnya aku ada perancangan lain untuk jelajah 1 Semenanjung Malaysia tapi since sampai ke tarikh yg ditetapkan, tiada jawapan dari pihak berkenaan, so aku ambil keputusan untuk proceed je dengan rancangan aku untuk jelajah 1 Semenanjung Malaysia Version 2. Plan asalnya, aku nak pegi sorang je. Tapi kemudiannya Izzar pun nak ikut serta. Anyway, memandangkan tahun lalu aku dah jelajah Semenanjung tanpa sebarang misi, aku rasa kali ni biarlah kembara aku ada misi ada tujuan. At least something. And at the end, bila dah complete misi tu, bolehlah terasa ada satu kejayaan. Dari merayau tanpa tujuan dan matlamat. So, after fikir punye fikir, aku decided untuk kembara ke semua 9 Istana Diraja yg terdapat di Malaysia ni, termasuk Istana Negara. Kesemuanya ada 10 istana yg menjadi destinasi aku dan Izzar dan destinasi pertama adalah Istana Negara yg baru di Jalan Duta. Inilah catatan perjalanan aku…
0545 hrs
Bangun tido tengok hujan turun. Agak lebat pulak tu. Adoii… takkan tangguh lagi perjalanan aku ni. Patutnya 24 Ogos aku dah move. Since aku dah tak boleh tido lagi, aku bangun dan packing apa yg masih tertinggal.
0630 hrs
Keadaan masih lagi hujan. Aku mesej Izzar, kejut dia dari tido. Jawapan yg sama jugak aku terima dari dia… Putrajaya hujan lebat. Since kita orang takde urgency, aku reply balik, tunggu hujan stop baru kita gerak.
0700 hrs
Patutnya time ni aku dengan Izzar rv kat Istana Negara yg baru kat Jalan Duta tu. Tapi since hujan masih turun, terpaksa lepak kat rumah je dulu. Tunggu hujan berhenti.
1000 hrs
Hujan dah stop. Apa lagi, aku pun move ke Istana Negara Jalan Duta.
1030 hrs
Sampai depan Pintu 1 Istana Negara, tengok Izzar dah ada. Siap ada 2 orang angota polis suruh dia ubah moto. Tapi selepas aku slow talk dengan dia orang, ok beres. Boleh parking sekejap untuk bergambar. Malang sebab masa aku sampai tourist dari luar negara dah ramai. Kalau takde orang boleh try minta letak moto kat depan pintu pagar Istana untuk sesi fotografi. Actually itulah sebab utama kenapa aku nak rv jam 0700 hrs kat situ. Tapi bila pelancong dah ramai, of coz pengawal pun tak boleh nak entertain permintaan aku ni. Boleh je kalau aku nak telefon Tuan Jamal tapi bila tengok pelancong ramai, aku batalkan je niat aku. Tak mau nanti mengganggu kerja pengawal dan jugak pelancong. So, klik beberapa keping pic.


Sampai istana.....pelancong pun dah ramai

Depan pintu utama istana...

IM bersemangat dengan Jalur Gemilang



1115 hrs
Dari Istana Negara, Jalan Duta, kita orang move ke destinasi kedua iaitu Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Singgah isi minyak di Shell Tol Jalan Duta dan breakfast di RnR Tapah. Alhamdulillah, cuaca elok je. Tak macam pagi tadi yg hujan lebat.
1425 hrs
Sampai di Kuala Kangsar dan terus ke Istana Iskandariah. Istana ni terletak di penghujung jalan. Terletak di tempat yg bernama Bukit Chandan. Justru istana ini jugak dikenali sebagai Istana Bukit Chandan. Sebelum sampai istana akan terjumpa Masjid Ubudiah yg terkenal tu dan jugak Galeri Diraja Sultan Azlan Shah. Since destinasi utama kita orang adalah istana, kita orang proceed terus ke sana dulu.

Pintu gerbang ke Bandar Kuala Kangsar...



Pintu kedua Istana


Istana..




Pintu Utama Istana

At Istana Iskandariah

IM memang sentiasa patriotik....

Dari pintu utama Istana Iskandariah, kita orang pusing ke belakang istana. Rupanya kat belakang ni ada istana lama yg dijadikan Muzium Diraja. Malangnya muzium ini sedang dalam renovation. So, ditutup untuk pelawat.

Istana lama dijadikan Muzium Diraja Perak




1500 hrs
Selepas selesai bergambar di Muzium Diraja Perak, kita orang gerak ke Masjid Ubudiah. Dah alang-alang sampai sini, aku tak nak lepaskan peluang melawat salah sebuah masjid yg tercantik di Malaysia ini. Melihat masjid ini dari dekat, memang ternyata masjid begitu cantik sekali. Kubah warna keemasannya memang cantik. Begitu jugak dengan reka bentuk didinding dan rekaan di bumbungnya. Berada di dalam masjid ni terasa aman dan damai je. Sejuk.













Semasa nak gerak dari depan masjid ni, aku terpandang sebuah rumah lama yg terletak di sebelah masjid ni. Kalau tengok pada ukiran kayu dan reka bentuk rumah ni, aku rasa maybe ianya istana lama atau pun rumah milik orang kaya-kaya jajahan dulu. Sayang rumah ini tak dibaik-pulih. Kalau dibaik-pulih, maybe boleh dijadikan sebagai rumah muzium especially kepada pelacong luar kerana aku rasa rumah ini memaparkan rumah tradisional Perak.




Rumah lama sebelah Masjid Ubudiah
1635 hrs
Perut dah lapar. So, kita orang pun gerak ke tepi sungai untuk cari makan. Tapi sempat jugak singgah depan Galeri Diraja Sultan Azlan Shah untuk bergambar. Makan of course, aku makan laksa ler. My favorite. Izzar lak makan mee rebus. Ok jugak. Sedap jugak laksa yg aku makan ni. Takde la macam yg aku makan masa singgah Kuala Kangsar dulu. Mungkin dulu kedai tak betul kut. Lepas makan, kita orang move ke Penang sebab pitstop pertama untuk tido adalah di Penang.

Depan Galeri Diraja Sultan Azlan Shah




Singgah makan dulu..

1900 hrs
Sampai di terminal feri ke Penang. Malas nak guna jambatan. So, kita orang naik feri je. Sambil tu boleh rehat-rehat sambil tengok pemandangan laut. Sampai Penang check-in hotel dan rest. Malam dinner apa lagi kalau bukan nasi kandar Line Clear. Cuma yg kurang menariknya, malam tu hujan agak lebat. Tak dapat nak ronda-ronda Georgetown. So, lepas makan, lepak kat bilik hotel je. Tengok tv and rest. Malam jugak aku terima mesej dari Z, tanya samada boleh atau tidak 2 orang lagi nak join kembara kita orang. Aku cakap no problem as long as dia orang boleh ikut plan yg kita dah buat. So, esoknya, kita orang akan rv dengan En. Kamal (AKA) dan En Ainuddin (AE) di RnR Gurun.

menunggu feri tiba...


Sampai di Penang, kita orang stay di Hotel Malaya je sebab senang nak cari makan. Lagipun harga hotel takdelah mahal sangat. Nak tido semalam je pun....huhuhu...


bersambung di hari kedua….

No comments:

Post a Comment