Day: 1
Date: 7 Okt 2011
Route: KL- Banting – Morib – Tg Sepat – Sepang – Lukut – Port Dickson – Linggi – Sg Udang – Muar – Bt Pahat – Pontian – Kukup.
Distance: 442 km.
Plan untuk Kembara 1 Malaya ni sebenarnya timbul selepas aku balik dari re-u kat PD aritu. Maybe teruja tengok Hadi Hussein kembara ke London sorang-sorang kut. Mula-mula aku ingat nak pegi kembara solo je. Tapi bila aku bagitau kat a few friends, depa nak ikut pulak. At the end, bila aku pegi, orang lain pulak yg ikut. Yg asal nak ikut tak dapat join atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan. So, yg ikut kembara aku kali ni ialah Md Faz aka MF, Izzar Mohammad aka IM dan Utoman.
Kembara ni bermula pada hari Jumaat 7 Okt 2011. Asalnya nak start hari Khamis 6 Okt tapi ada juga masalah domestik, so 7 hb kita orang move. Kita orang rv di RnR Awan Besar Hiway Kesas pada jam 0600 hrs. Ikut plan 0630 hrs dah move. Tapi ada yg sampai lewat. So jam 0715 hrs baru kita orang move. Dari RnR Awan Besar, kita orang move ke Morib. Perjalanan melalui jalan biasa. Waktu pagi, orang nak pergi keja dan jalan raya pun penuh dengan kereta, motor dan jugak lori-lori yg nak ke Klang. Terpaksa bawa motor dengan berhati-hati.
Sampai di Pantai Morib, kita orang stop untuk ambik gambar kejap. Ingat nak breakfast kat Morib tapi takde kedai yg buka. So, lepas bincang, semua setuju untuk breakfast kat Port Dickson je.
Lepas makan, kita orang naik feri ke Tg Balai, Karimun, Indonesia. Masa tu dah jam 1730 hrs. Feri ke sana lebih kurang macam feri ke Pulau Langkawi jugak. Lebih kurang 1 jam perjalanan, kita orang sampai di Tg Balai. Sampai di sana. Pak Atan, kawan MF dah tunggu kita orang kat jeti. Dia lah yg jadi supir, bodyguard, kawan dan tourist guide kita orang. Tg Balai ni pekannya tak besar mana pun. Mungkin sebab ianya sebuah pulau. Walaupun ada banyak tempat hiburan macam karaoke dan disko, keadaannya macam 10 tahun terbelakang dari negara kita. Pekannya dipenuhi oleh motor-motor kapcai. Dah tu bawak semua pakai hentam keromo je. Termasuk la kereta. Reverse suka-suka hati, bawak pun suka-suka hati. Takut aku tengok. Sampai hotel, kita orang mandi-mandi dan then keluar makan seafood untuk dinner. Dua menu yg pertama kali aku rasa, air avocado dan sotong goreng telur asin. Sedap gak.
Lepas makan pusing-pusing pekan jap then balik tido. Rest sebab semua dah keletihan……
No comments:
Post a Comment