Sunday, October 30, 2011

CVOG @ KENDURI AQIQAH PUTERI WAN FAZROL

Date: 30 Okt 2011

Program: Makan Kenduri Aqiqah Puteri WF

Lokasi: Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan.

Route: Home – Kajang – Bangi – Dengkil – Banting – Morib – Sepang – Bagan Lalang – Sg Pelek – RnR Seremban – Senawang – Kuala Pilah – Rompin – Palong 7 – Bt Kikir – Kuala Pilah – LEKAS – Home

Distance: 431 km

Hari Ahad 30 Okt 2011. WF buat kenduri aqiqah anak pompuan dia yg baru lahir. And dia jemput VOG ke kenduri tu. CVOG setuju untuk pergi. Kali ni Ryo jadi event manager. So, rv ditetapkan kat RnR Seremban jam 11 pg dan tayar golek jam 12 t/hari. Aku memang plan nak pegi. Kalau member VOG tak pegi pun, aku akan pegi jugak. Malam sebelumnya, kawan aku Tn Azlan call bagitau yg MKKB ada di Bagan Lalang untuk program konvoi dan jemput aku ke sana. Lepas dia call, aku berbelah bagi. Nak pegi atau tak. Takut tak sempat. Kalau tak pegi kesian pulak kat Tn Azlan. Dia dah ajak. Nak pegi aku dah ada program. At last aku tido je. Tengok esok kalau bangun awal. Pagi jam 6.00 aku dah terjaga. Since dah bangun awal, aku pun mandi dan bersiap. Check kejap laluan kat googlemap, and jam 7.00 pg aku move. Kalau ikut googlemap, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit je. Dan laluan tak masuk pantai Morib. Tapi bila aku move, entah macam mana, mungkin tersilap masuk simpang, aku dah sampai pantai Morib. Aduh… Sampai Sg Pelek, aku cari Camar Laut LKIM tak jumpa pulak. Last-last, aku pegi tanya kat balai polis. Dah dapat laluan, aku pun move. Rupanya Camar Laut ni kat Bagan Lalang. Akhir jan 9.30 baru aku sampai kat situ. Borak-borak kejap then pegi breakfast kat pantai Bagan Lalang. Cantik jugak pantai tu. Ramai orang mandi manda dan camping. Kalau nak rest & bersantai di tepi pantai, boleh datang ni..





Jam 10.30 pg aku move ke rv. Bila sampai kat Plaza Tol Seremban, aku berbelah bagi. Nak tunggu kat Exit Plaza Tol Senawang or nak pergi ke tempat rv. Tengok jam baru 11.15 pg, So, aku decided untuk pegi ke RnR Seremban. Bila aku sampai depan RnR Seremban semasa menghala ke Nilai untuk u-turn, aku tengok a group of versys dah berlepas. Jam masa tu aku tengok baru 11.25. Aduh….nape belum jam 12 lagi depa dah move? Aku pun pecut ke exit Nilai dan ke RnR Seremban. Bila aku sampai kat Petronas RnR tu, tengok dah takde sesiapa pun. Aaargh…mula ler naik angin….apa lagi, terpaksa aku pecut ke Senawang untuk kejar dia orang.

Aku sebenarnya bukan tau jalan nak ke Palong 7 tu, so tengok papan tanda je lah. Dari Senawang, aku move ke Kuala Pilah – Bahau – Rompin. Sepanjang perjalanan aku ikut papantanda ke Gemas je. Solo ride. Sampai ke Petronas Rompin, aku masih belum berjumpa dengan dia orang. So, aku stop jap kat stesen minyak tu untuk rest and pegi toilet. Masa kat sinilah bro Mazlan aka B3 call aku. Bagitau dia orang masih ada di Ampangan tunggu aku. Laa…rupanya aku dah way ahead than them. Aku dah kat depan. After some discussion, aku setuju untuk tunggu dia orang kat situ.

Bila dia orang sampai, baru la tau kekeliruan yg berlaku. Rupanya dia orang tunggu kat tempat makan masa kat RnR Seremban tu. Bukan tunggu kat Petronas tu. Group V yg aku tengok tu, maybe group lain tu. Alamak….miss communication rupanya. Sori ye guys…Sori jugak to our Project Manager Ryo Yashimura….hihihi…

Dari stesen minyak tu kita orang move ke Felda Palong. B3 jadi leader sebab dia ada GPS. Hehe.. Separuh jalan hujan turun. Tapi kita jalan jugak. Hujan pun takde la lebat sangat. Sampai Palong 7, kita orang terus ke surau dan tunggu WF di situ.



abg besar......leader utk ride ke palong..bersama GPSnya..

moto B3 sbg penanda simpang.....sapa nak wat kduri bole sewa....tak payah guna bunga manggar kat tepi jalan lagi....hehe

Bila WF dah sampai kita pun move ke rumah mertua dia. Tempat kenduri tu. Dari surau tu tak jauh pun. Tapi macam biasa, tiap kali bila V lalu dalam kawasan kampong etc, mesti jadi perhatian orang. Macam tu jugak la bila kita orang lalu depan kedai dan gerai semasa on the way ke rumah mertua WF.

Sampai kat tempat kenduri, parking moto dulu. Tapi kali ni tak dapat nak parking moto macam selalu sebab ruang yg agak sempit. So, parking ikut kesesuaian…

Dah parking moto, kita orang masuk ke rumah. Bersalam dengan bapa mertua WF dan menikmati hidangan yg disediakan. Hidangan memang spesel. Nasi, rendang ayam, kari kambing dan sayur. Menu yg paling istimewa…..kari kepala kambing. Haha…ramai yg tak berani nak try. Hanya aku, B3, Jizad dan K/Azman je yg sapu. Penghujungnya tinggal aku dan B3 je yg dok balun kepala kambing tu…..terbaek..

special menu - kari kepala kambing......terbaek..

Sambil menjamu selera, B3 sempat jugak wat promo kad kecemasan VOG. Pada aku kad ni bagus sebab andai berlaku kecemasan, senang kengkawan atau sapa sahaja nak hubungi waris kita atau pun kepada saudara mara kita yg nombornya tercatit kat kad tu. kepada VOGians yg belum ada kad ni, aku nasihatkan untuk dapatkan kad ni dengan segera, Kita orang jugak tengah bercadang untuk jadikan kad ni sebagai kad member VOG. So, nanti boleh cuba untuk jadikan sebagai diskaun kad bagi pemegang kad ni. Special diskaun untuk VOGians yg ada kad ni..

kami dah ada......anda bila lagi???

Lebih kurang jam 4.30 petang, kita orang bergerak balik. Dari Palong, kita orang ambik jalan ke Muadzam Shah. Tapi sampai simpang ke sana kita orang ambik kiri menghala ke Bt Kikir dan Juasseh. Jalan ni memang sempit tapi VOG ni belasah sampai 160 kmj jugak la. Gayat aku tengok. Dah ler tu, kereta banyak pulak dan majoriti VOG yg pergi hari tu pakai side box. Adoii…

Sampai Kuala Pilah, stop isi minyak dulu. Then bincang sebab ada yg nak beli daging salai. Biasala nak buat modal untuk apply visa untuk next ride..

Sampai jalan Kuala Pilah-Seremban, kita orang stop kejap untuk beli buah tangan untuk di bawa balik. Biasa la ole-ole untuk dapatkan visa. Yg top kat situ daging salai. Daging salai ni untuk buat masak lemak cili api. Selain dari daging salai, puyuh dan ikan pun ada. Aku beli jugak puyuh salai. Saja nak rasa. Yg menariknya, masa kita orang stop kat tepi jalan tu, jalan raya dah jemm. Jemm bukan apa, jemm sebab orang yg lalu dalam kereta tu dok tengok V yg banyak dok parking tepi jalan…

jalan yg sesak sebab orang nak tengok v.....adusss rasa bersalah pulak...

Dah selesai masing-masing beli bekalan, kita orang pun move balik. Sampai kat Seremban, kita orang berpisah. Aku dengan B3 balik melalui hiway LEKAS. Terus ke Cheras. Yg lain balik melalui Hiway PLUS. Apa pun, alhamdulillah, semua sampai rumah dengan selamat dan tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Terima kasih kepada WF yg menjemput kita orang ke kenduri aqiqah puteri barunya. Terima kasih pada CVOG yg ikut serta dalam ride ni. U guys are the best. Moga dapat ride bersama lagi di lain hari.

my ride for today...

Tuesday, October 18, 2011

KEMBARA 1MALAYA: FINAL DAY, IPOH – TELUK INTAN – KL (12 okt 2011)

Day: 7

Date: 12 okt 2011

Route: Ipoh – Kg Gajah – Teluk Intan – Langkap – Bidor – KL

Distance: 324 km

Hari ni hari terakhir kembara. Actually kalau nak diikutkan plan yg asal, semalam hari terakhir. Sebab semalam kita orang patut masuk Taiping – Pantai Remis – Lumut – Teluk Intan -Sabak Bernam – Kuala Selangor – KL. Tapi memandangkan rantai moto MF dah problem, we decided untuk terus ke Ipoh. Tu pun sebab hari tu dia tukar rantai tu kat Ipoh. Kalau kedai moto tu kat KL, rasa aku sure lalu jugak jalan yg dalam plan tu.

Jam 0700 hrs, masing-masing masih on the bed. Kalau ikut jadual kembara sepatutnya dah on the bike. Haha..biasa ler, takde apa benda nak buat pun. Lagi pun kita orang takde nak mengejar masa. Santai mantai je…




Dah bangun, mandi & bersiap, kita orang breakfast dulu. Breakfast pun menu yg sama cam kat Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Hmm…maybe semua Hotel Seri Malaysia ni menu breakfast sama kut. Masa breakfast, anak buah lama aku masa aku di PPH datang jumpa. Dia cakap dah lama tak jumpa Platun Komander dia. Hahaha…. Alhamdulillah, masih ada jugak orang yg ingat kat aku….





Dari hotel, kita orang gerak ke kedai moto. Kat mana kedai moto ni, aku pun tak tau. Hihi…Dah lama tinggalkan Ipoh ni dah tak ingat jalan. Sampai kat kedai, tengok hanya ada sorang mekanik je. Mekanik lain tak datang keja. So, dia sorang je yg nak buat semua. Customer pulak ramai. Memang hampir satu hari kita orang kat sini. Betul-betul rugi masa. Tapi nak buat macam mana, moto kena repair jugak. Alang-alang dah kat kedai moto nak repair moto, aku pun ambik peluang untuk repair running light dan signal aku. Last-last ambik keputusan tukar signal belakang. Pakai LED. UM pun repair running light dan tukar hon. So, dari 1 moto, dah jadi 3 moto. Dekat sehari suntuk kita orang kat situ..wuaaa… Masa kat situ jugak salah sorang member kita orang, Chor Aidil, datang join. Jiwa kacau kata dia. Hihi…




Jam 5.30 ptg baru kita orang settle kat sini. So, dari situ kita orang move terus ke Teluk Intan via Kampong Gajah. Ingat sempat sampai Teluk Intan before sunset tapi tak sempat. Sampai sana pun dah malam. So, stop jap depan menara condong tu dan bergambar. Rupanya waktu malam, kat menara condong tu ada lampu macam-macam color. Cantik jugak..





Lepas bergambar, kita orang pergi makan kat restoren berdekatan. Masa makan kita orang berbincang balik pasal route yg nak dilalui. Since dah malam dan jalan Hutan Melintang – Sabak Bernam pun gelap, dan takut tersondol lak kerbau dan lembu, kita orang decided untuk balik via hiway je. Masa makan ni jugak ler kita orang disapa oleh seorang pemilik V yg tinggal di Teluk Intan. Entah dari mana dia follow kita orang pun tak tau sebab dia naik kapcai je masa jumpa kita orang. Kata dia kat T/Intan ada 6-7 orang jugak pemilik V. Dia minta contact number kita orang dan harap kita orang ajak bila ada ride ke mana-mana. Kita orang pun abgi contact number dan suruh dia join VOG@FB.




Dari tempat makan, kita orang terus move ke hiway melalui Langkap dan Bidor. Perjalanan melalui jalan kampong yg agak gelap dan jalan yg kecik, agak bahaya jugak. Tak boleh nak laju. Bila masuk hiway, baru semua speed. Aku ni kurang minat sikit nak bawak moto laju-laju malam-malam coz selaju mana pun yg kita bawa, mata kita cuma nampak setakat mana yg lampu kita suluh. Lagi pun kadang-kadang silau lampu depan pun mengganggu. Aku pulak tiba-tiba rasa cam drowsy pulak. So, aku ambik keputusan untuk stop sekejap kat Hentian Ulu Bernam. Bila sampai tengok Chor dan MF dah ada tunggu. IM, ikut cakap Chor, tak sempat nak tahan sebab dia laju tak sempat nak bagi signal suruh singgah.




Dah pekena kopi dan dah refresh, kita orang sambung perjalanan balik. Perjalanan pun santai je. Alhamdulillah, aku sampai rumah dengan selamat pada jam 1.30 pagi. Alhamdulillah jugak, yg lain, MF, IM, UM dan Chor pun sampai rumah dengan selamat. Inilah route kita orang untuk final lap ni…




Apapun, aku rasa syukur, Alhamdulillah, sebab impian aku untuk pusing Semenanjung Malaysia ni dah tercapai walau pun ada beberapa laluan yg tak dapat disempurnakan atas sebab-sebab teknikal. Syukur jugak sebab sepanjang perjalanan ini, tiada keadaan yg tak diingini berlaku. Masalah-masalah kecik tu, biasa la. Bergaduh pun perkara biasa. Actually bukan bergaduh pun, just berbeda pendapat je. Selalunya antara aku dengan IM je. MF dan UM banyak diam je. Hahaha…

Keseluruhannya, kita orang dah cover sejauh 2644 km sepanjang kembara ini. Duit petrol dalam RM300.00. Accommodation (hotel) sebanyak RM300. Duit makan pulak lebih kurang RM210. Tu pun sebab ada beberapa tempat, makan kita orang dibayar oleh kengkawan yg mengalu-alukan kedatangan kita orang. T/kasih bebanyak pada Tn Sufiyan, Kpl Wahab, Summer Smoke, NVOG, Che Tahir dan Tn Ramesh.

Pada aku pengembaraan ini memang menarik. Menempuhi hujan, panas, dan ribut. Mengendali moto di kawasan yg sibuk, jalan yg tak elok, jalan yg sempit, jalan koner-koner, mengatasi gangguan orang melintas, lembu, kerbau, kambing, kuda. Melalui jalan tepi pantai yg pemandangannya mengasyikkan, dan melalui kampong yg cantik dan permai. Satu pengalaman yg priceless. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.

Akhir sekali, aku nak memohon ampun dan maaf kepada IM,MF dan UM andai kata sepanjang pengembaraan ini ada yg kekhilafan yg sengaja atau tak, terkasar bahasa maupun perkataan, tersalah langkah ataupun perbuatan. Jua ucapan terima kasih kerana sudi menemani aku mencapai impian untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia. Jua ucapan yg sama kepada Chor Aidil yg sudi menyertai dan menemani kita orang di final lap pada hari yg ke 7. Moga kita dapat bersama lagi di kembara yg lain. Insyallah…

Inilah rider-rider tegar yg telah menjayakan misi Kembara 1Malaya 7-12 okt 2011 ni. Thanks bro…

UM


MF

IM



AKU...