Day: 7
Date: 12 okt 2011
Route: Ipoh – Kg Gajah – Teluk Intan – Langkap – Bidor – KL
Distance: 324 km
Hari ni hari terakhir kembara. Actually kalau nak diikutkan plan yg asal, semalam hari terakhir. Sebab semalam kita orang patut masuk Taiping – Pantai Remis – Lumut – Teluk Intan -Sabak Bernam – Kuala Selangor – KL. Tapi memandangkan rantai moto MF dah problem, we decided untuk terus ke Ipoh. Tu pun sebab hari tu dia tukar rantai tu kat Ipoh. Kalau kedai moto tu kat KL, rasa aku sure lalu jugak jalan yg dalam plan tu.
Jam 0700 hrs, masing-masing masih on the bed. Kalau ikut jadual kembara sepatutnya dah on the bike. Haha..biasa ler, takde apa benda nak buat pun. Lagi pun kita orang takde nak mengejar masa. Santai mantai je…
Dah bangun, mandi & bersiap, kita orang breakfast dulu. Breakfast pun menu yg sama cam kat Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Hmm…maybe semua Hotel Seri Malaysia ni menu breakfast sama kut. Masa breakfast, anak buah lama aku masa aku di PPH datang jumpa. Dia cakap dah lama tak jumpa Platun Komander dia. Hahaha…. Alhamdulillah, masih ada jugak orang yg ingat kat aku….
Dari hotel, kita orang gerak ke kedai moto. Kat mana kedai moto ni, aku pun tak tau. Hihi…Dah lama tinggalkan Ipoh ni dah tak ingat jalan. Sampai kat kedai, tengok hanya ada sorang mekanik je. Mekanik lain tak datang keja. So, dia sorang je yg nak buat semua. Customer pulak ramai. Memang hampir satu hari kita orang kat sini. Betul-betul rugi masa. Tapi nak buat macam mana, moto kena repair jugak. Alang-alang dah kat kedai moto nak repair moto, aku pun ambik peluang untuk repair running light dan signal aku. Last-last ambik keputusan tukar signal belakang. Pakai LED. UM pun repair running light dan tukar hon. So, dari 1 moto, dah jadi 3 moto. Dekat sehari suntuk kita orang kat situ..wuaaa… Masa kat situ jugak salah sorang member kita orang, Chor Aidil, datang join. Jiwa kacau kata dia. Hihi…
Jam 5.30 ptg baru kita orang settle kat sini. So, dari situ kita orang move terus ke Teluk Intan via Kampong Gajah. Ingat sempat sampai Teluk Intan before sunset tapi tak sempat. Sampai sana pun dah malam. So, stop jap depan menara condong tu dan bergambar. Rupanya waktu malam, kat menara condong tu ada lampu macam-macam color. Cantik jugak..
Lepas bergambar, kita orang pergi makan kat restoren berdekatan. Masa makan kita orang berbincang balik pasal route yg nak dilalui. Since dah malam dan jalan Hutan Melintang – Sabak Bernam pun gelap, dan takut tersondol lak kerbau dan lembu, kita orang decided untuk balik via hiway je. Masa makan ni jugak ler kita orang disapa oleh seorang pemilik V yg tinggal di Teluk Intan. Entah dari mana dia follow kita orang pun tak tau sebab dia naik kapcai je masa jumpa kita orang. Kata dia kat T/Intan ada 6-7 orang jugak pemilik V. Dia minta contact number kita orang dan harap kita orang ajak bila ada ride ke mana-mana. Kita orang pun abgi contact number dan suruh dia join VOG@FB.
Dari tempat makan, kita orang terus move ke hiway melalui Langkap dan Bidor. Perjalanan melalui jalan kampong yg agak gelap dan jalan yg kecik, agak bahaya jugak. Tak boleh nak laju. Bila masuk hiway, baru semua speed. Aku ni kurang minat sikit nak bawak moto laju-laju malam-malam coz selaju mana pun yg kita bawa, mata kita cuma nampak setakat mana yg lampu kita suluh. Lagi pun kadang-kadang silau lampu depan pun mengganggu. Aku pulak tiba-tiba rasa cam drowsy pulak. So, aku ambik keputusan untuk stop sekejap kat Hentian Ulu Bernam. Bila sampai tengok Chor dan MF dah ada tunggu. IM, ikut cakap Chor, tak sempat nak tahan sebab dia laju tak sempat nak bagi signal suruh singgah.
Dah pekena kopi dan dah refresh, kita orang sambung perjalanan balik. Perjalanan pun santai je. Alhamdulillah, aku sampai rumah dengan selamat pada jam 1.30 pagi. Alhamdulillah jugak, yg lain, MF, IM, UM dan Chor pun sampai rumah dengan selamat. Inilah route kita orang untuk final lap ni…
Apapun, aku rasa syukur, Alhamdulillah, sebab impian aku untuk pusing Semenanjung Malaysia ni dah tercapai walau pun ada beberapa laluan yg tak dapat disempurnakan atas sebab-sebab teknikal. Syukur jugak sebab sepanjang perjalanan ini, tiada keadaan yg tak diingini berlaku. Masalah-masalah kecik tu, biasa la. Bergaduh pun perkara biasa. Actually bukan bergaduh pun, just berbeda pendapat je. Selalunya antara aku dengan IM je. MF dan UM banyak diam je. Hahaha…
Keseluruhannya, kita orang dah cover sejauh 2644 km sepanjang kembara ini. Duit petrol dalam RM300.00. Accommodation (hotel) sebanyak RM300. Duit makan pulak lebih kurang RM210. Tu pun sebab ada beberapa tempat, makan kita orang dibayar oleh kengkawan yg mengalu-alukan kedatangan kita orang. T/kasih bebanyak pada Tn Sufiyan, Kpl Wahab, Summer Smoke, NVOG, Che Tahir dan Tn Ramesh.
Pada aku pengembaraan ini memang menarik. Menempuhi hujan, panas, dan ribut. Mengendali moto di kawasan yg sibuk, jalan yg tak elok, jalan yg sempit, jalan koner-koner, mengatasi gangguan orang melintas, lembu, kerbau, kambing, kuda. Melalui jalan tepi pantai yg pemandangannya mengasyikkan, dan melalui kampong yg cantik dan permai. Satu pengalaman yg priceless. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.
Akhir sekali, aku nak memohon ampun dan maaf kepada IM,MF dan UM andai kata sepanjang pengembaraan ini ada yg kekhilafan yg sengaja atau tak, terkasar bahasa maupun perkataan, tersalah langkah ataupun perbuatan. Jua ucapan terima kasih kerana sudi menemani aku mencapai impian untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia. Jua ucapan yg sama kepada Chor Aidil yg sudi menyertai dan menemani kita orang di final lap pada hari yg ke 7. Moga kita dapat bersama lagi di kembara yg lain. Insyallah…
Inilah rider-rider tegar yg telah menjayakan misi Kembara 1Malaya 7-12 okt 2011 ni. Thanks bro…
UM |
No comments:
Post a Comment