Day: 3
Date: 09 Okt 2011
Route: Tg Balau – Desaru – Mersing – Endau – Kuala Rompin – Pekan – Kemaman – Kertih – Paka – Dungun – Marang – Kuala Terengganu.
Distance: 616 km.
Hari ketiga. Semua bangun lewat. Letih kut. Kalau ikut plan jam 0700 hrs dah on the bike. Tapi takpe. Masa sendiri. Takde benda yg nak dikejar pun. Selepas mandi dan bersiap, dapat berita ibu Smoke aka Pujaan Malaya aka Syed Azizi telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah dan takziah. Since kita orang memang akan lalu Kuala Rompin, we decided untuk singgah rumah dia dan ziarah. Dah siap kita orang breakfast dulu..
repair helmet dulu |
sebelum breakfast posing dulu |
cameraman terpaksa gilir-gilir |
makan bagi kenyang siap-siap sebab tak tau bila nak lunch |
makan dulu |
Pelangi Balau Resort ni okay jugak. Bilik pun bersih dan cantik. Siap ada swimming pool kat belakang. Tapi kita orang takde la terjun pool. Kalau terjun pool mau tengahari baru nak check out. Kat belakang pool ada pantai tapi kita orang tak pergi pun. Tak tau ler elok ke tak pantai tu tapi rasanya okay kut sebab kat sebelah resort ni memang ada pantai untuk orang mandi manda. Selesai breakfast and posing, kita orang pun on the bike.
swimming pool view dari cafe |
cafe tempat breakfast |
Sebelum gerak, sempat juga posing kat reception. Orang pun tak berapa ramai. Macam reception tu kami punya hahaha...
pening receptionist ni dengan perangai pakcik-pakcik ni... |
ready to go |
Keluar dari resort, kita orang pusing dan posing kat Muzium Nelayan kat sebelah resort ni. Tapi tak sempat nak masuk dalam dan tengok-tengok sebab perjalanan masih jauh.
Kita orang then move ke Desaru dan ke Kuala Rompin. On the way tu sempat jugak singgah ambik gambar kat Sg Mersing dan Sg. Endau.
Sampai Kuala Rompin, kita orang singgah di stesen Petronas Telok Gading untuk tunggu Smoke. Lama jugak call dia tak berjawab. Sampai dah letih kita orang menunggu kat situ. Dekat 1 jam lebih jugak lak kita orang tunggu dia baru dapat jumpa.
Selepas ziarah rumah dia, kita orang pegi lunch. Makan udang galah. Smoke belanja. Sebenarnya aku tak berapa setuju untuk Smoke belanja makan, maklumlah diakan baru kehilangan ibu tapi since dia dah ready kan semua, kita orang pun makan jugak. Terima kasih Smoke. Masa lunch tu, sempat la jugak kita orang bagi sumbangan sikit.
Dari Kuala Rompin kita orang move ke Pekan. Masa nak sampai Pekan, hujan turun dengan lebatnya. Memang tak nampak jalan depan. Nak stop pun kita orang dah kebasahan. So, move jugak. Memang bahaya. Masa hujan lebat ni lah running light and signal aku blow. Moto Utoman pun sama. IM pun hampir-hampir bercium dengan kereta yg tak pasang lampu. Alhamdulillah, takde kejadian yg tak diingini berlaku. Sampai Pekan stop ambik gambar kat sungai je sebab dah basah kuyup. Plan asal nak pegi bergambar kat istana tapi tak sempat. Next trip kut.
Perjalanan seterusnya dari Pekan ke Kuantan, kita orang terpaksa menempuh hujan di beberapa tempat. Riders kan, takde hal lah kalau setakat hujan. Dari Pekan, kita orang terus ke Kemaman – Kertih – Dungun – Paka dan Kuala Terengganu. Sempat jugak singgah dan ambik gambar di Kertih. Dekat loji Petronas tu.
Sampai Kuala Terengganu, kita orang decided untuk stay kat Hotel Seri Malaysia je sebab ada gomen rate + breakfast + towel. Kalau dok homestay, takut takde towel pulak walau pun semua bawak towel. Nak cari hotel kat mana pun satu bab. Nasib ada GPS. Inilah masanya. Tu pun tersilap jugak. Sebab jalan dah bertukar. Akhirnya kita orang sampai jugak kat hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Hotel rate (govt rate) bilik family RM130 + 3 breakfast. So, untuk yg sorang lagi, cam biasa la….tong-tong. Lepas check-in dan mandi, kita orang pergi dinner di waterfront belakang hotel. Jalan kaki je.
Lepas makan balik rest. Tapi tak rest jugak pun. Berborak sampai jam 2.00 pagi jugak. Hehe…penat tapi masih boleh bergelak ketawa lagi dalam bilik. Jauh perjalanan hari ni 616 km..
Tahniah.. bukan semua orang mampu lakukan begini...teruskan post dan menulis.
ReplyDelete