Day: 2
Date: 8 Okt 2011
Route: Kukup – Tg Piai – Pontian – Pekan Nanas – Skudai – Senai – Desaru – Tg Balau.
Distance: 209 km.
Bangun pagi dapat call dari receptionist hotel bagitau yg feri rosak dan yg ada pun jam 1230 hrs waktu Malaysia. So, kita orang sambung tido balik. Jam 1000 hrs, turun breakfast kat kafe hotel. Nasib baik kat hotel tu ada breakfast. So tak payah nak pegi jauh-jauh cari makan. Jam 1030 hrs, Pak Atan dah sampai. Borak-borak dengan dia kat kafe. Jam 1130 hrs kita orang check out dan terus ke jeti. On the way ke jeti dapat jugak tengok keadaan pekan Tg Balai ni. Tak ler besar sangat. Kereta-kereta mewah tak nampak pun. Jalan pun kecik je. Muat-muat 2 bijik kereta je. Kebanyakkan motor jenis kapcai dan kereta pulak majoriti jenis MPV. Tak nampak pun big bikes. Mungkin takde kut sebab kalau beli big bikes pun rugi je. Nak bawak ke mana. Pulau ni pun kecik je. Yang paling rare, dapat tengok bas yang body nya daripada kayu. Warna biru pulak tu.
Sampai jeti, tengok ada penting konsert. Rupanya konsert Jefry Din tu. Kenal juga orang Karimun dengan Jefry Din rupanya. Kami tak lama kat luar terminal. Ambik gambar sikit then terus check-in. Masa nak check-in ni berlaku satu insiden yg hampir-hampir menyusahkan hidup aku. Nasib baik la dapat selesai. Kerana insiden ni jugak aku dapat berkenalan dengan Pak Zainal. Salah sorang Bapak Polisi di situ. Kena lecture la jugak aku dengan Pak Zainal ni.Tapi last-last jadi kawan jugak. Jam 1230 hrs, kita orang naik feri ke Kukup.
Sampai jeti Kukup, Che Wahab dah tunggu dengan kereta perondanya. Terus ke BP Kukup untuk ambik motor. Lepas ambik motor, kita orang singgah makan then terus ke Taman Negara Tg Piai. Che Wahab dgn kereta peronda yg bawa kami ke sana. Macam VIP la pulak. Siap ada eskot. Orang kampong yg tengok mesti hairan and tertanya-tanya sapa ler 4 orang ni.
Kat Taman Negara Tg Piai, kita orang ambik gambar kat depan monumen tu dan masuk berjalan-jalan di dalam. Dari depan sampai ke dalam Che Wahab dan partner dia eskot kita orang. Rasa macam VIP lak. Tima kasih ye Che Wahab n Che Bokhari. Cerita kat Taman Negara Tg Piai ni dalam blog lain nanti.
Tanjung Piai ni adalah lokasi terhujung Benua Asia. Hebat juga negara kita ni kan. Penghujung Benua Asia, benua yang terbesar di dunia, penghujungnya terletak di negara kita.
Keluar dari Taman Negara, kita orang pegi minum petang di Tg Piai Resort. Ok jugak tempat ni. Resort atas air. Kalau nak datang berehat dari kesibukan kota. Boleh datang ke sini.
Kita orang selesai minum dah lewat petang. Kalau ikut plan asal, malam ni tido kat Mersing tapi rasanya tak sempat. So, after bincang, we decided untuk ride ke Desaru dan tido kat chalet kat sana. Selepas bersalaman dengan Che Wahab & Che Bokhari, kita orang move ke Desaru.
Sampai Desaru tengok kat sana takde chalet. Chalet yg lama tengah renovate. So, tanya kat guard yg jaga tempat tu, dia cadang kita orang pegi Tg Balau. So, on the bike ke sana. Kat Tg Balau yg ada hanya Pelangi Balau Resort. Nasib baik ada gomen rate, dapat jugak harga diskaun + 3 breakfast. Yg 1 lagi kita orang kongsi bayar. Lepas check-in, pegi makan kat foodcourt berdekatan and balik rest.
Inilah laluan kita orang pada hari kedua ni…
No comments:
Post a Comment