Saturday, October 15, 2011

KEMBARA 1MALAYA: 4th DAY K/TERENGGANU – DANNOK (10okt2011)

Day: 4

Date: 10 Okt 2011

Route: Kuala Terengganu – Permaisuri – Kg. Raja – Kuala Besut – Tok Bali – Pasir Puteh – Machang – Tanah Merah – Jeli – Gerik – Pengkalan Hulu – Baling – Weng – Sik – Jeniang – Gurun – Bukit Kayu Hitam – Dannok.

Distance: 576 km

Jam 0800 kita orang dah bangun. Since ada free breakfast untuk 3 orang dan yg untuk extra sorang tu kita orang setuju untuk tong-tong, kita orang pun turun breakfast kat hotel. Ingat ada nasi dagang ke since dah kat Terengganu tapi breakfast tetap nasi goreng, kue tiaw goreng, roti etc. Cam sama je menu kat hotel Seri Malaysia ni. Apa pun kita orang makan la jugak. Yg best breakfast kat sini, sebelah tempat makan ni Kuala Terengganu. Kira kita orang ni breakfast kat riverside or waterfront la. Scenery memang cantik. So, cam biasa, posing memang tak lupa la..

Selepas makan, kita orang bersiap. Sambil tu bincang sikit jalan yg akan kita orang lalui untuk hari ini. Semua bersetuju untuk lalu ikut Kuala Besut dan masuk ke Jeli – Lebuhraya Timur Barat – Gerik. Dah siap semua, on the bike..

Keluar dari hotel, kita orang singgah sekejap kat Pulau Warisan kat belakang hotel ni untuk sesi posing. Then terus move ke Permaisuri. Sepanjang perjalanan, kita orang lalu ikut kawasan kampong. Walaupun tak dapat nak laju, perjalanan ni memang menarik. Dapat tengok rumah-rumah dan suasana kampong yg nampak aman dan permai. Dan yg paling menarik ialah pemandangan di tepi pantai. Jalan yg kita orang lalu memang jalan tepi pantai. Pemandangannya, memang marvelous. Stop jugak untuk bergambar di Pantai Rhu Dalam..

Dari Pantai Rhu, kita orang move ke Kuala Besut. Rest sekejap kat sini untuk minum and refresh sikit. Cantik jugak pemandangan kat sini. Kuala Besut ni ada jeti untuk ke Pulau Perhentian. Nasib baik program dah atur. Kalau tak, mau aku naik bot and pegi tido 1 malam kat situ. Dah alang-alang sampai kan.. bila aku cakap nak pegi tido kat pulau je, semua dah pandang aku dengan pandangan yg semacam je…..so tak jadi la….lain kali lah kut…

ultra brothers.....fire! ......... zaaaaassssss

Bila semua dah refresh, kita orang pun sambung perjalanan. Laluan kita orang melalui Kampong Tok Bali menghala terus ke Jeli. Sempat jugak singgah amik gambar kat monumen kapal yg dok betul-betul depan simpang tu..

Kita orang stop sekejap kat Jeli untuk lunch. Lunch pun nasi campur je. Cepat sikit makan. Tapi tengok semua makan sampai habis. Tak tau la kerana lapar ke or kerana cek mek molek yg masak nasi tu. Patut ler kedai makan ni full je dengan orang. Rupanya kedai gewe…comey lote lak tu……nasib baik la perjalanan kita orang masih jauh. Kalau tak mau dok lepak kat situ sampai malam….hahaha…

Perut pun dah kenyang, kita orang move ke Lebuhraya Timur-Barat. Jalan ni memang best. Sapa yg suka layan koner, memang suka jalan ni. Aku pun mula-mula nak layan jugak koner ni tapi bila 3-4 kali tayar belakang aku skid, aku dah tak bape konfiden dah. So, tak jadi nak layan sangat. Layan sikit-sikit je. Md Faz dengan IM yg betul-betul layan. Utoman cam biasa, follow aku.

Sampai di puncak Titiwangsa, kita orang stop untuk minum dulu. Memang cantik tempat ni. Tengok pemandangan yg menghijau, pokok-pokok, lurah yg dalam dan langit yg kebiruan, rasa macam dok kat puncak dunia pulak. Apa lagi posing time la…

Lepas minum, bergambar lagi. Tapi kali ni lain la pulak aksi-aksinya. Dah macam budak-budak la pulak bapak-bapak budak ni. Biasa la. Sekali sekala. Bukan hari-hari boleh berada di puncak Malaya ni. Hehe…so apa lagi, menuju puncak la…..masing-masing nak tunjuk kehebatan ilmu masing-masing…..hahaha…

di puncak...

di udara...

yahhhh....

whoooooshh.....

hiiiiiyaaahhhh....

woooooo.....

Selesai bersuka ria kat situ, kita orang pun teruskan perjalanan. Plan asal nak stop kat Tasik Banding untuk sesi fotoshoot seterusnya tapi malangnya bila sampai kat situ, hujan turun pulak. Lebat la jugak. So, tak jadi nak stop. Naik moto pun dah tak boleh nak laju-laju. Jalan koner-koner dan hujan pulak tu, tak berani den. Sayang moto weii…

Sampai Pengkalan Hulu, kita orang stop untuk isi minyak sekejap. Lepas tu sambung perjalanan. Kali ni kita orang lalu ikut jalan Baling – Weng -Sik – Jeniang – Gurun. Lalu ikut kawasan kampong. Aku sendiri pun tak penah lalu ikut jalan ni walaupun aku berasal dari negeri Jelapang Padi ni dan penah jugak tinggal di Baling. Sepanjang perjalanan kami, memang kami jadi perhatian orang kampung. Budak-budak tak payah cakap la. Siap melambai-lambai. Jangan cakap budak-budak, orang dewasa yg tengah duduk minum-minum kat kedai kopi pun ada yg bangun bila kami lalu. Mungkin tak penah ada orang bawak versys lalu situ kut. Dari Baling ke Weng jalan raya dah cantik. Macam jalan baru je. Cuma dari Weng ke Sik jalannya melalui hutan sikit. Jalan pun gelap dan kurang elok. Kawan aku cakap kadang-kadang ada harimau melintas situ. Fuh! Nasib baik tak jumpa.

Dari Sik terus ke Jeniang dan Gurun. Di Gurun kita orang masuk hiway dan terus ke Bukit Kayu Hitam. Plan asal nak lajak sampai Hatyai tapi IM tak bawak paspot pulak. Tak bawak atau tak dibenarkan bawak, tak tau la aku. Penghujungnya, kita orang tido di Dannok je. Lepas check-in, mandi dan refresh sikit, kita orang pegi dinner. Dah kat Thailand kan, apa lagi, tomyam la. Lepas dinner jalan-jalan jap cuci mata, then balik bilik tido.

Perjalanan hari ni walaupun hanya 576km je tapi pada aku agak mencabar jugak la. Sebab macam-macam yg kita orang jumpa sepanjang perjalanan hari ni. Kereta, moto dan orang melintas jalan tu perkara biasa la, ni macam-macam lagi yg lintas jalan hari ni. Lembu, kerbau, kambing dan kuda. Yg tak jumpa gajah dengan harimau je. Nasib baik. Kalau tak, memang lengkap perjalanan kita orang. Apa pun hari ni memang best. Inilah route kita orang untuk hari ke 4 ni…

day 4 route...

No comments:

Post a Comment